Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, August 16, 2010

Pembangunan Pangkalan Data


Apakah itu Pangkalan Data?

Pangkalan data ialah himpunan data yang berkaitan dengan maklumat atau tujuan tertentu bagi sistem maklumat yang berasaskan komputer. Pangkalan data juga adalah satu koleksi data yang tersusun dan berstruktur yang berhubung serta disimpan bersama tanpa mempunyai keberulangan data yang tidak dikehendaki. Ia dibina bagi memenuhi kehendak pelbagai aplikasi berbeza. Dalam erti kata lain, pangkalan data merupakan penyimpanan data secara memusat bagi mengatasi masalah keberulangan data, pemisahan dan pergantungan data ke atas aturcara.

Dalam menganalisis dan mempelajari tentang pengurusan data, seseorang terlebih dahulu perlu mengetahui konsep dan perkara asas berkaitan perkara-perkara berikut:

Medan -  Nilai asas yang membentuk sesebuah rekod.
Rekod - Satu koleksi medan yang berkaitan dan mengandungi item data asas.

Apakah itu Microsoft Access? 

Microsoft Access adalah Sistem Pengurusan Pangkalan Data hubungan interaktif yang berasaskan windows. Pangkalan data Microsoft Access mempunyai keupayaan yang sangat tinggi berbanding dengan pangkalan data yang lain.

1 comment:

  1. ok..contoh sistem yg menggunakan sistem pangkalan data di sekolah seperti EMIS, SMM, headcount dan macam2 lg.

    ReplyDelete